Hari ni hari kedua masuk ke pejabat setelah bercuti agak lama ditambah lagi dengan cuti Kaamatan.
Sempat juga menjengah KDCA sekejap pada 30 Mei hari tu, rasa macam di Filipin pulak bila kebanyakan yang di jual adalah "Bakas".
dah dua hari juga office sangat panas membahang seperti sauna ekoran masalah aircond. Unit kejuruteraan agak lambat bertindak dengan alasan terpaksa menunggu spare part baru. Bila di minta kipas untuk mengatasi masalah buat sementara waktu, mereka memberi pelbagai alasan yang membuatkan saya mual untuk mendengarnya.
Awal-awal pulan macam ni biasanya saya sibuk lah nak buat claim ot untuk bulan mei lalu.
sementara tengah sibuk membuat claim, datang lah seorang lelaki yang dikira rapat juga dengan saya, maklumlah hanya beberapa org sahaja yang dikira sebaya dengan saya di pejabat ni..yang lain semua dah kertu..
berbalik pada lelaki ni, hampir setiap kali saya sibuk membuat claim ot, setiap kali itu jugalah dia menyibuk nak tgk claim saya..
setiap kali itu jugalah dia bercakap seolah olah menyindiri saya. Dia menuduh saya membuat claim palsu.
setiap kali itu juga saya diam dan tak melayan kata2 nya..
dia mungkin tidak tahu sebenarnya saya bekerja bertungkus lumus dan kurang tidur untuk membuat OT.
sehingga masa untuk saya berehat saya korbankan.
dia lupa bahawa :
01/ dia sendiri membuat claim palsu, datang ke pejabat Sabtu dan Ahad hanya sibuk bermain game online.
02/ berbanding dia, saya tak pernah meminta duit perempuan untuk kesenangan diri.
03/biarpun saya tak pakai jenama branded tapi apa yang saya beli semua hasil dari duit saya sendiri. berbanding dia asyik meminta perempuan belikan untuk dia.
Buat masa ni mmg saya merasa panas hati dengan dia. Cakap orang itu ini tapi dia lupa hakikat bahawa dia lagi buruk dari orang yang dia cakap.
sekarang ni masa saya untuk cool down..